0item(s)

You have no items in your shopping cart.

Product was successfully added to your shopping cart.

Proses Dropship One Drop Perfumes

Drop Ship Step

Langkah #1 - Mendaftarkan diri sebagai dropship ODP secara rasmi.

Anda perlu mendaftar sebagai dropshipper ODP di alamat berikut http://store.onedropperfumes.com/dropship
Setelah pendaftaran diproses oleh pihak ODP, anda akan diberikan ID beserta login details.
Anda boleh melakukan proses pembelian di laman web dropship (http://store.onedropperfumes.com/dropship) menggunakan login details tersebut.

*sila simpan ID dropship anda untuk rujukan masa hadapan.

Drop Ship Step

Langkah #2 - Anda Melakukan Promosi dan Pemasaran.

Anda bertanggungjawab untuk melakukan promosi. Promosi boleh dilakukan di media social, platform di internet ataupun jualan secara konvensional (offline method). Sebelum melakukan promosi, dropshipper dinasihatkan menyemak bekalan stok.

Drop Ship Step

Langkah #3 - Pelanggan berminat untuk membeli ODP.

Apabila promosi telah dilakukan maka sudah tentu anda akan mula menerima pertanyaan (inquiry masuk) tentang produk dan ada di antara mereka berminat untuk membelinya.

Drop Ship Step

Langkah #4 - Pelanggan membuat pesanan & pembayaran kepada anda.

Anda ambil order daripada pelanggan dan terangkan tentang jumlah pesanan untuk memudahkan pelanggan melakukan bayaran.
Perlu diingatkan di sini, jumlah keseluruhan adalah termasuklah harga barang + GST + kos penghantaran. Anda perlu berikan total price ini kepada pelanggan anda.

*nota: kami tidak akan tulis jumlah keseluruhan pada bungkusan*

Bayaran daripada pelanggan perlu dilakukan ke dalam account bank anda. Maka anda perlu berikan maklumat nombor akaun, nama bank serta email anda kepada prospek anda tadi.

Dinasihatkan agar anda meminta “bukti pembayaran” dari pelanggan anda, sama ada melalui Whatsapp/SMS ataupun email.

*Jangan lupa minta maklumat pelanggan seperti nama, alamat, no telefon serta pakej/set yang dibeli.

Drop Ship Step

Langkah #5 - Anda (sebagai dropshipper) membuat pesanan melalui laman web http://store.onedropperfumes.com/dropship dengan menggunakan ID dropshipper yang telah diberikan.

Seterusnya setelah anda mendapatkan maklumat pesanan, maka layari website kami (http://store.onedropperfumes.com/dropship) dengan memilih set/pakej perfumes yang dipesan pelanggan tadi.

Kemudian di bahagian check out (bahagian akhir setelah finalize order) sila login ke dalam sistem e-commerce kami dengan username & password anda sebagai dropshipper.

Di sini anda juga dapat lihat harga penuh dan juga harga diskaun yang dipaparkan kepada anda.
Harga penuh (retail price)= harga yang anda perlu charge kepada pelanggan anda tadi (RM45 untuk Normal Set & RM68 untuk 30 ml Spray)

Harga diskaun = harga yang perlu anda bayar kepada kami
(RM39.22 untuk Normal Set & RM56.18 untuk 30 ml Spray)

Perbezaan harga tersebut adalah keuntungan anda (real time). Maksudnya anda akan terus mendapat keuntungan anda melalui urusan ini (tidak seperti sistem dropship lain yang mempunyai kaedah pembayaran komisyen/keuntungan secara bulanan).

*dalam satu pesanan, boleh buat multi-shipping

Drop Ship Step

Langkah #6 - Kami Proses & Berikan Anda Tracking Number.

Byaran akan disemak terlebih dahulu dalam masa 1-2 hari bekerja.

Kami akan sms kepada anda setiap tracking number order yang datang dari pesanan anda selepas proses pembungkusan dilakukan. Pada kebiasaannya anda akan mendapat SMS pada pukul 4 petang ke atas.

Pelanggan anda akan menerima pesanan 2-5 hari waktu bekerja, selepas pembayaran diterima.

Pesanan yang dibuat pada hari Sabtu & Ahad serta pada cuti umum akan diproses pada hari bekerja berikutnya.

Drop Ship Step

Langkah #7 - Anda Berikan Tracking Number Kepada Pelanggan Anda.

Anda bertanggungjawab memberikan tracking number kepada pelanggan anda.

Senang kan cara untuk berniaga dropship dengan kami?